BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

24 Dis 2010

rahsia disebalik senyuman =)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut : ” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.



Diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan CUKA bersama IKAN

Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

22 Nov 2010

kisah seorang lelaki

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

**********************************************************************

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..- si lelaki mencari mangsa baru..- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

28 Okt 2010

Siapa Yahudi dan Siapa Orang Islam?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union);

David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran. 

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapatsaya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa YahudiBijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsaYahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yangpaling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang palingtersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi,dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang sayamenghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepadamereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakahbijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disampingkebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untukpengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampirlapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam,ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan datadata tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. DiIsrael, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertamakali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermainpiano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik danmenyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairankerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik danbertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapatmenyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik,tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepadabeliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untukanak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otakbeliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara inimembuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuatlatihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awalmengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersamasusu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikantanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jeniskekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembanganotak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapatmerosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandungdan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedangmengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi,perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiapundangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersamadimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan takelok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian,terutama badam.Seperkara yang pelikialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidanganutama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akandihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakanhidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, iniakan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untukmemahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumahYahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akanmenyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumahmereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkannikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekatpada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi ygcacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemuioleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harapambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanananak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersamakacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata ratamereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedariawal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalahsuatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami notanotanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakalmenjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacamsenaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musikterdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajarmetamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberikeutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anakanak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh sayakatakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan jugamenjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialahmemanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah danmenembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disampingmempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah)disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan merekadigalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkalakelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatahlagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akandibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguhterperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentangperniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niagadikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akanlulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungansebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, denganrangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milikYahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaandidunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya diciptadi Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka?Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurutmereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijandikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga adamenyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapatmensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orangJepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu merekayg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjamantanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasamadengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan ygbetul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY,Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratuskedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untukmendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik merekasendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapahospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijakboleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukanmasa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibumengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudahtetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlahcara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untukotak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhanotak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapatmelatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan ygmemerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dartdan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genesbodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singaporepada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok sepertidianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahuberapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaansehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singaporedan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dancara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa denganIsrael, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertarafdunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulausebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasigoblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihatsaja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, darirestoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segeraterbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universititerdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauhsekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa merekasendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris?Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia?Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraohhingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg inginsaya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi ygbijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil danianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididikanak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat sayalihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak sayamelalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun(cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijakdan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenalbatasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon 

3 Okt 2010

ohh trip lagi..Bahagian 1 (perak & Pulau pinang)

kali ni kelas kitaorang buat trip lagi..ke perak & Pinang...adoi..dekat2 nak exam ni bayak lak trip apa lagi joint la..haha gambar2 kenangan kitaorang semasa trip..segala yang dipaparkan tiada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah pergi..

aku dah bangun awl2 kul 6.30 pagi dah bertolak ke bus station kat FSPU..aku terpikir mesti aku dan kekawan rumah aku yang paling lambat sebab kitaorang bangun kul 6.30….apabila sampainya di tempat kereta..ingtkan aku yang paling lambat..rupa-rupanya x ade orang lagi…adoi…bangun awal2 pun x ade orang lagi…mane orang nie..


semua orang da x sabar dah ni nak g trip...tapi tengok la muka smua bersemangat..tp Bus x sampai2 lme puye tunggu bu pun sampai..dan budak2 nie gmbaira + bengan kat driver bus..tapi nak wat mcm mane driver bus tu la “kaki” kitaorang masa nak jalan nanti…

Setelah naik bus smua pn muka bengan..termasuk orang yang dibawah nie..lagii bengan..haha tahap cipan..haha


setelah lebh kurang 2 jam perjalanan..kami tiba di destinasi..gua tempurung...hehe nama da trip...semua dah siap sedia dah nak jejalan lm gua nie..

nilah cabaran kitaorang semasa berada di dalam gua..byk yang menarik yg dapat kita tengok..ABC pn ade kat lm gua nie...haha

ni la msa na posing2 lam gelap..haha

tetiba terjumpa dengan orang yang betapa selama 1000 tahun lm gua ni..haha apa lagi kitaorang ajak dia joint group sesame..haha

gambar nie kat platform 3 kat atas skali..

ni la antara cabaran yang kitaorang terpaksa hadapi..ni la posing yang paling bergaya untuk turun..

kene merangkak dalam air..sebenarnya ni lla aliranair sungai yang ade lam gua niie.. kesihan lecture kitaorang ni..haha

ni la tempat yang ade ruang untuk bergambar


hati2 terhantuk kepala!!!


apa-apa cabaran sekalipun kiaorang berjaya harungi semua dengan baik!! syabas kepada semua!!
setelah 2 jam hadapi cabaran dalam gua tibalah masa makan..sebelum makan ambik gambar..haha
semua bersemangat makan..laporla katakan..

setelah perut kenyang, (mcm gmbar budak nie) apa-apa pun perjalanan kami diteruskan pula ke destinasi seterusnya..



to be cont'.....


20 Sep 2010

Projek Kalsom X..2004

ni kenangan semasa dalam projek kalsom X..mula-mula masuk aku pun tak tahu apa itu projek
Kalsom..tu mula-mula masuk je..hehe..
















ni gambar kitaorang dalam kumpulan..setiap kumpulan dibahagi-bahagikan dari sekolah berlainan..adoi x masuk geng plak dah...ni graup aku..group 7..paling top nie (hehe perasan) tapi aku still x ingt smua member ahli kumpulan nie..hehe harap2 jumpalah lagi...














nipulak graup 1..n banyak lagi group tapi sampai 8 je..hehe kalau nak tengok group lain kenelah cari kat pagas sendiri ye..




















aktiviti palaing best dalam Projek Kalsom nie adalah permainan krativiti. main mainan yang borink kot....tapi permainan nie adalah lempar telor dari tingkat 3 bangunan sekolah..adoi..pecah telor tu nanti..apa kita ak buat ye tak bagi pecah..pikir2...

ni penerangan dari abg fesi kita...x tau la dia terang apa dengar jelah...

lepas je dengar kitaorang terus gunakan krativiti kitaorang..emm x ingatla mcm mane buat hehe tahu-tahu dah siap..hehe ni hasil dari group kitaorang..memang expert ahli group aku nie..

pelancaran dilakukan..aku maen lepas je..ade budak group lain x ada payung terjun pun..terus je baling macam tu..tapi tak tahu la pecah ke tak
budak-budak kat bawah dah menunggu..tapi dah boring dah nampak muka budak-budak nie..hehe tunggu nak tido...
lepas je aktiviti tu..malamnya pulak ada aktiviti kritiviti..lakonan ke menyayi ke..biasalah mana-mana tempat dapat tengok la budak-budak nie belakon..hehe
macam-macam budak nie belakon..ade jadi bapak anak besar..ni macam pucung...adelah pulak anak sama besar dengan ayah..pikul anak dia pulak..hehe nak patah tulang dah nie..hehe
ni lakonan group kitaorang..tapi x jadi sangat sebab semua nak jadi pengarah..adoi..tapi apa-apa pun emua dah dirancaang dengan baik..hehe
ni acara orang mati lak..sapalah jadi mangsa tu...siap baca yasin lagi tu...
maka berakhirlaah malam tu dengan penuh gemilang..tampa sebarang pemenang=(

pada esok harinya pulak, sebelah pagi..fesi kitaorang adakan acara yang kitaorang tak suka iaitu temuduga..huhu.

Tengoklah kawan aku nie..buat kusyuk2 je dengan..tapi itu lakonan je..hehe

ni plak kene interview...adoi..x tau nak cakap apa dah
lepas je aktivi yang x disukai..maka tibalah aktiviti yang disukai pulak iaitu ikatan kasih..haha macam berjiwang-jiwang la pulakkan..
kita tengok aktiviti budak-budak nie..siap dengan gaya yang terkini..hehe ish-ish siap gaya tu...
tapi apa abang fesi buat dia gelakkan kitaorang je..huhu tapi x pe..
pada sebelah petangnya pulak, ada rancangan baling beln dengan air..habislah basah baju aku kalau x sempat nak tangkap dengan kemas..
dalam 4 hari tu..abang fesi dan kak-kak fesi telah keletihan..maka berakhirlah projek Klasom X kat SMK Tengku Mahmud 1 Besut Terengganu...memang best..kepada fesi-fesiterima kasih kerana mengajar kami..dan kepada kekawan terima kasih atas kerjasama..memong top semua group..hehe yang penting kenangan biarlah disimpan sebagai kenangan..banyak lagi aktiviti kitarang tapi x sempat nak upload...so terima kasih kepada abang budu..hehe abg nazmi yang upload foto-foto nie smua..tampa foto nie..x dapatlah kenagan bersama nie..dan x tupa pada abang rembo jurufoto kitaorang at projek Kalsom nie

i mizz u guys...